JOHOR BAHRU: Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus stor dan akauntannya, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM12 juta, antara Oktober 2018 hingga Disember 2020.
Keputusan itu dibuat Hakim Fatimah Zahari selepas pihak pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan terhadap syarikat berkenaan; Pengurus Stor, Chong Kim Kuang, 50, dan Akauntan, Ng Yee Xin, 39, selepas kesemua mereka membayar kompaun keseluruhan bernilai RM1.5 juta.
Bagaimanapun, empat pertuduhan sama terhadap Pengarah syarikat itu, Tan Siew Huak, 44, yang masih bebas, tetap diteruskan sehingga mendapat arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara.
Mengikut pertuduhan kesemua tertuduh didakwa menerima wang hasil pengubahan haram sebanyak empat kali berjumlah RM13,278,625.27 daripada sebuah akaun semasa milik LY Frozen daripada 31 Okt 2018 sehingga 31 Dis 2020 di dua cawangan bank berbeza di Senai, Kulai dan Taman Molek, dekat sini.
Mereka dituduh di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni dan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Mohd Sophian Zakaria manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Zamri Idrus.
Sementara itu, syarikat LY Frozen Food, Chong (pengurus stor) dan dua Pengarah syarikat Yong Chee Keong, 44, dan Tan turut berdepan pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan membekalkan daging sejuk beku, pada awal Disember 2020.
Pada prosiding sama, Zamri memohon agar mahkamah menentukan status Tan yang masih bebas, sebelum hakim kemudiannya menetapkan 22 Feb ini bagi pihak pendakwaan mendapatkan arahan lanjut mengenai status pengarah syarikat itu berkaitan pertuduhan pengubahan wang haram dan pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan membekalkan daging sejuk beku.
Pada 2 Dis 2020, media melaporkan mengenai kewujudan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina, sebelum membungkus semula daging itu menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.
Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai di sini, membabitkan rampasan bernilai lebih kurang RM6.47 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
Keputusan itu dibuat Hakim Fatimah Zahari selepas pihak pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan terhadap syarikat berkenaan; Pengurus Stor, Chong Kim Kuang, 50, dan Akauntan, Ng Yee Xin, 39. - Gambar fail/ Bernama
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Kartel daging: Syarikat LY Frozen, pengurus stor, akauntan dilepas, bebas ubah wang haram
Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus stor dan akauntannya, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM12 juta.
Jakim akan laksana tiga mekanisme elak isu 'kartel daging' berulang
Isu tersebut telah membuka mata banyak pihak terutamanya berkaitan kepentingan sistem pengurusan rantaian bekalan halal di Malaysia.
Kartel daging: 4 penguat kuasa MAQIS, seorang pemilik syarikat dihadap ke mahkamah
Mereka berhadapan tuduhan rasuah dan mengemukakan butiran palsu berhubung kes kartel daging.
Kartel daging: Syarikat, pengarah dan pengurus dituduh sekali lagi
Hari ini mereka didakwa atas empat pertuduhan bersabit kesalahan bersubahat dan memiliki barangan dilarang import bernilai RM643,465.39 pada Disember 2020.
Isu ketirisan daging import luar bidang kuasa DVS
Agensi itu hanya bertanggungjawab dalam menjalankan audit pemeriksaan rumah sembelih luar negara untuk tujuan kelulusan eksport ke Malaysia mengikut SOP ditetapkan.
Kartel daging: Polis kesan 7 lagi suspek
Datuk Huzir Mohamed, berkata dua lelaki turut dikesan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
36 pengarah, pengurus 20 syarikat kes kartel daging import ditahan
Semua mereka adalah daripada 20 syarikat yang dikenal pasti terbabit berkomplot dalam kegiatan pengedaran daging berkenaan.
Bukan daging sahaja, kayu pun cuba diimport secara tidak sah ke negara ini
Tiga kontena yang membawa masuk 83.966 meter kubik (MTQ) muatan kayu itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, jam 5.32 petang Sabtu.
Kartel daging: Kertas siasatan diserah kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lepas - SPRM Johor
SPRM Negeri Johor sudah pun menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kartel penyeludupan daging sejuk beku kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lalu.
Kartel daging: MAQIS kini boleh akses sistem pelabuhan untuk pemeriksaan
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kini mempunyai akses ke dalam sistem pelabuhan untuk membuat pemeriksaan.